KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mempunyai hak menentukan apa yang terbaik bagi rakyatnya, demikian kata Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung.
Katanya Sabah, yang telahpun dirujuk sebagai “Wilayah”, bermakna Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai kuasa autonomi khas bagi menentukan SOP yang wajar.
“Apa yang Majlis Keselamatan Negara (MKN) patut lakukan pada Selasa lalu adalah mengeluarkan senarai SOP yang baharu untuk mengelakkan kekeliruan berkenaan isu ‘dine-in’,” katanya.
Kata Lu, kebanyakkan kedai makan telah membuat persediaan rapi mengikut SOP yang diumumkan namun menemui kehampaan yang sama dengan rakyat yang juga ditekan pandemik COVID-19.
“MCA Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah untuk melonggarkan SOP negeri ini…
“Dan jika kes baharu COVID-19 jatuh di bawah angka 300 sehari untuk tujuh hari yang berturut-turut, MKN sepatutnya membolehkan kuasa kepada Ketua Menteri untuk melaksakan pelan pemulihan yang sewajarnya,” katanya.
Ini kerana Kerajaan tempatan lebih memahami sektor mana yang perlu dibuka bagi memulikan ekonomi negeri masing-masing.
Lu juga berpendapat bahawa Kerajaan Negeri juga seharusnya mendirikan pusat ‘one-stop’ yang boleh mengeluarkan semua dokumen keperluan bagi merentas daerah dalam setiap daerah di negeri Sabah.