Lebih Daripada 6 Juta Video Dikeluarkan Oleh Tiktok Di Pakistan

Lebih Daripada 6 Juta Video Dikeluarkan Oleh Tiktok Di Pakistan

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KARACHI, PAKISTAN – Aplikasi TikTok yang kini popular dalam kalangan golongan muda Pakistan telah ditutup oleh pihak berkuasa sebanyak dua kali baru-baru ini kerana kandungan tidak senonoh pada Mac lalu.

Kesan daripada itu, TikTok telah mengeluarkan lebih daripada enam juta video daripada aplikasi itu di Pakistan dalam tempoh tiga bulan, selepas bergelut dengan larangan secara terus-menerus di negara konservatif itu.

“Di pasaran Pakistan, TikTok mengeluarkan 6,495,992 video yang menjadikannya yang kedua mengeluarkan video terbanyak selepas Amerika Syarikat di mana 8,540,087 video dikeluarkan,” kata laporan yang dipetik AFP berhubung ketelusan terbaru TikTok Pakistan baru-baru ini.

Kira-kira 15 peratus video yang dikeluarkan adalah membabitkan aktiviti bogel dan seks dewasa.

Jurucakap berkata, video berkenaan diharamkan kerana permintaan daripada pengguna dan kerajaan.

Di negara Islam, menyiarkan video dengan pakaian Barat yang menunjukkan bahagian badan yang terlalu banyak adalah pantang larang, dan sering disalahgunakan.

Awal bulan ini, tunjuk perasaan kecil anti-TikTok diadakan melalui apa yang didakwa sebagai penyebaran kandungan homoseksual.

“Seseorang boleh berspekulasi bahawa ini adalah hasil tekanan kerajaan atau mencerminkan besarnya kandungan yang dihasilkan di Pakistan kerana populariti platform ini, atau keduanya-duanya,” kata aktivis hak digital, Nighat Dad.

“Platform media sosial lebih bersedia mengeluarkan dan menyekat kandungan di Pakistan bagi mengelakkan larangan penuh,” katanya.

Ia berlaku ketika aplikasi itu berdepan tindakan undang-undang di Karachi, di mana hakim mengarahkan pihak berkuasa telekomunikasi untuk menggantungnya kerana menyebarkan kandungan tidak bermoral, tetapi ia masih digunakan di Pakistan.

Untuk rekod, penyokong kebebasan bersuara telah lama mengkritik penapisan dan kawalan kerajaan terhadap internet dan media Pakistan.