TAWAU, SABAH – Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM8,000.
SPRM Cawangan Tawau menahan lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an pada kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
Menurut sumber, suspek berkenaan menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018, sedangkan tugas itu dilakukan suspek sendiri.
Difahamkan lelaki terbabit dilepaskan dengan bon jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Jumaat ini.





