SANDAKAN: Sepasang suami isteri warga Perancis sesat ketika melakukan aktiviti ‘Hiking’ di Rainforest Discovery Centre (RDC) di daerah ini pada Isnin.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 1.24 petang.
Katanya, seramai 7 anggota bomba bersama Ranger RDC dikejarkan ke lokasi sejauh 22 kilometer.
“Menurut pemanggil (mangsa) Antolne Pierre, 36 tahun, dia bersama isterinya, Girodet Charlene sesat dihutan semasa menjalankan aktiviti Hiking.
“Pasukan Bomba bersama pihak Ranger RDC ke lokasi mangsa sejauh 7 kilometer dari Entrance melalui jalan darat.
“Mangsa berjaya dijumpai oleh pihak Ranger RDC pada jam 3.08 petang yang ikut serta dalam operasi SAR melalui jalan laut menggunakan bot dan dilaporkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Mangsa seterusnya dibawa ke Kampung Bambangan melalui jalan laut kerana jarak hanya 2 kilometer berbanding menggunakan jalan darat.
Seterusnya dibawa balik semula ke RDC menaiki kenderaan Jabatan Perhutanan (Ranger) untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.05 petang.