GEORGETOWN – Suspek lelaki yang meloloskan diri dari kawasan Mahkamah Majistret Georgetown 6 September lalu, berjaya ditahan di Sungai Nibong, petang semalam.
Menurut laporan Harian Metro, dipetik sebagai berkata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar bahawa, suspek dikenali sebagai Khairul Nizam Abdullah Sani, 33, dari Jalan Siam, Georgetown, ditahan pada 6 petang hasil intipan dan maklumat awam.
Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut.
“Suspek direman tiga hari sehingga 26 September untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 5.20 petang 6 September lalu, suspek berjaya meloloskan diri sewaktu empat anggota polis membawa 29 orang suspek lelaki dengan tiga set gari berantai dari lokap mahkamah ke lori polis.
Dalam kejadian itu, suspek bersama seorang lagi lelaki berusia 37 tahun berjaya meloloskan diri daripada kawalan polis.
Suspek berjaya melarikan diri namun seorang lagi berjaya ditahan polis di mahkamah.
Dalam kejadian 5.20 petang, 6 September lalu, suspek meloloskan diri ketika empat anggota polis membawa 29 suspek lelaki dengan tiga set gari berantai dari lokap mahkamah ke lori Black Maria.
Suspek bersama seorang lagi suspek berusia 37 tahun berjaya meloloskan sebelum elaki berusia 37 tahun itu berjaya ditahan polis mahkamah.
Khairul Nizam ditahan atas kesalahan dadah dan menurut Anuar, siasatan mendapati suspek mempunyai kunci lain dan membuang kunci berkenaan ke dalam longkang selepas membuka gari.
“Pemeriksaan mendapati bentuk kunci yang dijumpai berlainan dengan kunci dibekalkan polis siasatan masih dijalankan,” katanya.