Suspek Sanggup Terjun Laut Tinggalkan Bot Dan Peralatan Bom Ikan

Suspek Sanggup Terjun Laut Tinggalkan Bot Dan Peralatan Bom Ikan

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat merampas sebuah sampan dipercayai melakukan aktiviti bom ikan di perairan Pulau Banggi Kudat, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Perak, Pulau Banggi lebih kurang jam 1.50 petang Sabtu.

“Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia,dua suspek nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke arah kawasan cetek hutan bakau berhampiran dengan meninggalkan bot…

“Pemeriksaan ke atas bot suspek menemui tujuh (7) botol bom ikan mengandungi baja, satu (1) paket kecil racun ikan dan tujuh (7) bahan peledak beserta sumbu,” katanya.

Bot serta kesemua peralatan mengebom ikan dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan bahan letupan (bom ikan) untuk menangkap ikan.

“Komuniti maritim diingatkan untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah atau maklumat kecemasan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian MERS 999 yang beroperasi 24jam,” tambah Boon.