Tun Juhar Hadir Majlis Doa Selamat Maulidur Rasul 1445H

Tun Juhar Hadir Majlis Doa Selamat Maulidur Rasul 1445H

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (dua dari kanan), Kadzim (kanan) dan para jemaah ketika menunaikan solat Maghrib diimamkan Suhaidi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M di Masjid Negeri pada Rabu malam.

Ketibaan Tun Juhar pada jam 6.00 petang disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Tun Juhar menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat hajat bersama kira-kira 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Selepas solat Maghrib, Suhaidi juga memimpin bacaan surah Yasin dan tahlil manakala bacaan doa selamat pula dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Turut berlangsung, tazkirah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Al-Amin, Muhamad Abdullah Al-Amin.

Antara yang hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais serta Panglima 5 Divisyen Sabah, Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Juhar
Tun Juhar (dua dari kanan), Kadzim (kanan) dan para jemaah ketika menunaikan solat Maghrib diimamkan Suhaidi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )