Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama Khamis Ini

Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama Khamis Ini

0
SHARE
Christina
Christina (kiri) bakal merasmikan acara tersebut yang turut akan dihadiri Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah

KOTA KINABALU, SABAH – Tamu Besar Tahun Baru Cina Segama 2024 bakal berlangsung Khamis ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, Tahun Baru Cina adalah merupakan satu perayaan yang penting untuk semua rakyat Sabah, merentasi kaum dan agama dan turut memberikan sokongan sepenuh hati terhadap penganjuran acara ini.

“Acara yang bermula 1 tengah hari hingga 12 pagi di Jalan Segama ini adalah untuk mempamerkan kemeriahan dan keindahan sambutan Tahun Baru Cina secara unik di negeri Sabah dan menjadikannya satu tarikan yang hebat untuk pelancong tempatan dan asing.

“Diharap usaha kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menerusi Lembaga Pelancongan Sabah ditambah dengan sokongan yang diberikan sudah pasti akan meningkatkan promosi acara ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik menanti antaranya 350 gerai jualan akan berbaris di Jalan Segama, tarian singa dan naga, rentak berirama Gendang 24, persembahan diabolo, nyanyian dan tarian serta cabutan bertuah.

Kemuncak majlis pada sebelah malamnya ialah pelancaran inisiatif Discover Sabah Digital 2024 dan majlis pengiktirafan bagi kejayaan menyelesaikan misi DEC-Cover Sabah Foodie Tour 2023 oleh Biao Ge Leo.

Sambutan tersebut juga akan ditayangkan menerusi siaran langsung di halaman Facebook @Kita Connect dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH