Persahabatan Berakhir Dengan Tegang, Trump Ancam Batal Kontrak Musk

Persahabatan Berakhir Dengan Tegang, Trump Ancam Batal Kontrak Musk

0
SHARE

WASHINGTON: Hubungan antara Presiden AS Donald Trump dan Elon Musk berakhir dengan tegang apabila Trump mengancam untuk membatalkan kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat milik Musk.

Musk manakala membalas dengan menyokong gesaan agar Trump didakwa.

Trump menulis di laman Truth Social bahawa cara paling mudah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan adalah dengan menamatkan subsidi dan kontrak kepada Musk. 

Saham Tesla merosot lebih 14 peratus pada Khamis, menghapuskan kira-kira AS$150 bilion nilai pasaran.

Beberapa minit selepas pasaran ditutup, Musk membalas “Ya” kepada ciapan di X yang mengatakan Trump patut didakwa.

Ianya merupakan satu kenyataan mengejut memandangkan Parti Republikan Trump menguasai kedua-dua dewan Kongres.

Ketegangan antara mereka bermula apabila Musk mengkritik rang undang-undang cukai dan perbelanjaan besar Trump, mendakwa ia akan memburukkan hutang negara. 

Trump, yang pada mulanya berdiam diri, kemudian meluahkan rasa kecewa dengan berkata “Saya dan Elon pernah ada hubungan baik. Saya tak pasti jika itu akan kekal.”

Musk membalas secara langsung, menulis bahawa tanpa dirinya, Trump akan kalah dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga mendakwa tarif Trump boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Musk turut mengugut untuk menamatkan penggunaan kapal angkasa Dragon milik SpaceX yang penting dalam program angkasa lepas AS, tetapi menarik balik kenyataan itu.

Dalam nada lebih damai, Musk akhirnya membalas kepada pelabur Bill Ackman: “You’re not wrong,” selepas Ackman menggesa kedua-dua tokoh itu berdamai.