Harga Runcit RON97 Naik 6 Sen Seliter Berkuat Kuasa Esok

Harga Runcit RON97 Naik 6 Sen Seliter Berkuat Kuasa Esok

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter berkuat kuasa esok sehingga 23 Februari depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOF berkata harga RON97 akan naik daripada RM3.21 kepada RM3.27 seliter… 

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya lapor Kosmo hari ini.