KUDAT, SABAH – Sebanyak 179 buah rumah atas air di Kampung Landung Ayang Laut sini musnah dalam kebakaran 4.30 petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata anggaran keluasan kebakaran adalah 500 x 1000 kaki persegi.
“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 400 kaki sumber air dari jentera dan pili bomba dan terkawal pada jam 6.43 petang,” katanya dalam kenyataan.