KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengusung mayat DUA (2) mangsa lelaki yang maut dalam insiden berasingan awal pagi tadi.
Insiden PERTAMA melibatkan mangsa berumur 38 tahun yang ditemukan dalam sebuah bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan.
Pegawai Operasi, PBK II Anwar Bahrin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasa pada 3.26 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40’x50’ kaki terbakar 90 peratus…
“Turut terbakar sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang telah terbakar 30 peratus,” katanya.
Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu (1) aliran 200 kaki melalui dua (2) pancutan dan sumber air daripada tangki jentera.
Anwar berkata mangsa, Abdul Rahman Abu, seterusnya diserah mangsa kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya mankala operasi terkawal pada jam 3.48 pagi namun pemadaman masih dilakukan ketika itu.
Insiden KEDUA berhubung kemalangan jalan raya yang berlaku berhampiran Taman Maju di Jalan Silam, Lahad Datu.
Pegawai Operasi, PBK II KUP Mansur Balahim berkata pihaknya mendapat panggilanterbabit pada pukul 4.53 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger, yang terbabas sendiri di bahu jalan…
“Terdapat seorang mangsa didalam kenderaan yangberjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba seterusnya disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Mayat Tan Khin Hoe, 35, tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.