KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan pantas Kerajaan Negeri Sabah yang baharu mengumumkan bantuan sebanyak RM50 juta untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dipuji.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kabinet negeri Sabah telah meluluskan sebanyak RM50 juta untuk membantu rakyat Sabah yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Daripada RM50 juta sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membekalkan bantuan ‘Bakul Makanan’.
Semua pengurusan berkaitan COVID-19 ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Ketika ini empat (4) daerah telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPBD) iaitu daerah Lahad Datu, Kunak Semporna dan Sandakan.
Orang ramai turut berharap agar bantuan kali ini sampai kepada golongan sasar, sebaliknya bantuan yang serupa telah diumumkan oleh Kerajaan Warisan sebelum ini telah GAGAL disalurkan dengan sempurna.
‘Bakul Makanan’ yang sepatutnya bernilai RM100 sebaliknya yang sampai kepada rakyat Sabah hanya bernilai sekitar RM40-RM50 sahaja.