Syria Pintas Peluru Berpandu Israel

Syria Pintas Peluru Berpandu Israel

0
SHARE

DAMSYIK, SYRIA – Israel melancarkan serangan peluru berpandu terhadap beberapa sasaran berhampiran Damsyik, yang mendorong pengaktifan pertahanan udara, kata media kerajaan Syria hari ini.

Memetik laporan AFP, sejak tercetusnya perang saudara Syria pada 2011, Israel secara rutin melakukan serangan di Syria, yang kebanyakannya menyasarkan warga Iran dan pasukan Hizbullah Lubnan serta tentera kerajaan.

Sejurus selepas tengah malam, “Israel melancarkan serangan peluru berpandu dari Golan dan Galilea yang dijajah,” lapor agensi berita SANA, mengutip sumber ketenteraan.

Serangan itu ditujukan kepada sasaran dekat Damsyik, kata sumber itu, sambil menambah pertahanan menembak jatuh kebanyakan peluru berpandu.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights serangan Israel di timur Syria membunuh 57 pejuang pemerintah dan sekutu pada 13 Januari.

Observatory adalah agensi berpusat di Britain yang bergantung kepada sumber di Syria untuk laporannya.

Israel jarang mengesahkan serangan di Syria, tetapi tentera mengatakan mereka berjaya mencapai sekitar 50 sasaran tanpa memberikan perincian.