Tergelincir Lalu Maut Digilis Lori

Tergelincir Lalu Maut Digilis Lori

0
SHARE
Pusat Gerakan Oeprasi Bomba Sabah tiba ke tempat kejadian untuk memeriksa mangsa. - Foto ihsan Pusat Gerakan Oeprasi Bomba Sabah...

PAPAR, SABAH – Seorang penunggang motosikal maut digilis lori treler di Jalan Kinarut – Papar dipercayai selepas tergelincir akibat melanggar lopak air pada sebuah selekoh sini ketika cuaca hujan lebat semalam.

Mangsa berumur 28 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut yang berada pada lokasi sejurus kejadian kira-kira 9.15 malam itu…

Mangsa yang maut di tempat kejadian. – Foto Pusat Gerakan Oeprasi Bomba Sabah…

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis SM Sport bergerak dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terlanggar lopak air bertakung di atas jalan menyebabkannya terbabas sehingga memasuki lorong bertentangan dan seterusnya merempuh badan lori treler yang membawa kontena.

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa terus terperosok di bawah lori treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Walaubagaimanapun, Batholomew berkata siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.