TERIMA KASIH ABAH MUHYIDDIN, UMUM PAKEJ BANTUAN PEMERKASA+ BANTU RAKYAT

TERIMA KASIH ABAH MUHYIDDIN, UMUM PAKEJ BANTUAN PEMERKASA+ BANTU RAKYAT

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tampil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan pakej bantuan rakyat berjumlah 40 billion ringgit, malam tadi.

Bertajuk PEMERKASA+ (Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan), Tan Sri Muhyiddin yang turut dikenali dengan panggilan ‘ABAH’ telah mengumumkan pelaksanaan program tersebut bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat dan negara ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang bermula hari ini.

“ATAS DASAR KEPRIHATINAN TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT, KERAJAAN AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMASTIKAN WUJUD KESEIMBANGAN ANTARA ‘LIVES AND LIVELIHOOD’ IAITU KEPERLUAN UNTUK MELINDUNGI NYAWA, DAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT…

“Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan membantu meredakan cabaran dihadapi, terutama susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” jelas beliau.

Berikut merupakan ringkasan PEMERKASA+ (Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan) dalam bentuk Infografik;