TERUS PATUH SOP SEPANJANG AIDILFITRI – KM HAJIJI

TERUS PATUH SOP SEPANJANG AIDILFITRI – KM HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri, Kota Kinabalu bersama lebih 10,000 jemaah sempena sambutan 1 Syawal. Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri tiba di masjid pada kira-kira 7.08 pagi bersama isteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag. Beliau diiringi Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Haji Mohd.Arif, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir.Shahelmey Haji Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Umat Islam menantikan Hari Raya Aidilfitri kerana ia melambangkan kemenangan selepas sebulan berpuasa…

“Kita bersyukur kerana terdapat perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbanding dua tahun lalu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang umat Islam untuk menyambutnya bersama keluarga di kampung halaman. 

“Pembukaan semula sempadan negara pada 1 April membolehkan rakyat, khususnya umat Islam melakukan perjalanan “balik kampung” dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Saya pasti ramai yang teruja untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Namun begitu, kita juga menyedari bahawa situasi Covid-19 di negara kita dan dalam hal ini, seluruh dunia masih belum pulih sepenuhnya. 

“Walaupun kes baharu Sabah berada dalam aliran menurun, ia juga penting untuk kita terus mematuhi SOP,” kata Ketua Menteri dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya berdoa agar barisan hadapan dan pasukan keselamatan yang bertugas dapat menyambut Aidilfitri dengan selesa dan sentiasa selamat,” katanya.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah kerana menyokong semua usaha kerajaan membendung Covid-19 dan juga Hala Tuju Sabah Maju Jaya demi memulihkan ekonomi negeri.

“Saya berharap kita semua akan terus memupuk semangat perpaduan dan hubungan harmoni,” katanya.