Tiada Lagi Arahan Pemakaian Pelitup Muka Di Denmark

Tiada Lagi Arahan Pemakaian Pelitup Muka Di Denmark

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

COPENHAGEN, DENMARK – Denmark menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang menarik balik semua sekatan COVID-19 yang dilaksanakan di dalam negara itu terutamanya pemakaian pelitup muka (facemask) dan pas kesihatan.

AFP melaporkan bahawa negara itu pada Selasa mengeluarkan arahan untuk tidak memakai pelitup muka itu dibuat walaupun terdapat rekod bilangan kes bagi varian Omicron yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, ia masih melakukan sekatan ke atas pelancong yang masih belum divaksinasi dan tiba dari negara bukan EU.

“Bagi saya, bahagian yang terbaik ialah kita tidak perlu memakai topeng lagi,” kata Natalia Chechetkina, seorang penyambut tetamu di Copenhagen kepada AFP.

“Sekurang-kurangnya sekarang kita mempunyai pilihan jika kita mahu melindungi diri kita atau kita mahu berasa bebas,” ujarnya.

Marie Touflet, seorang pelajar Perancis berusia 23 tahun berkata, agak pelik untuk menaiki tren tanpa memakai pelitup muka di Denmark berbanding di Perancis.

“Sungguh seronok dapat melihat wajah orang ramai dan rasanya kami hidup seperti biasa semula,” katanya.

Kelonggaran itu berlaku apabila Denmark mencatatkan kira-kira 40,000 hingga 50,000 kes baharu COVID-19 sehari atau hampir satu peratus daripada 5.8 juta penduduk negara itu.

Namun, pegawai kesihatan percaya angka itu akan mula menurun tidak lama lagi.