KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya tahun ini.
Bagaimanapun, Kabinet Negeri memutuskan hari ini bahawa sebaliknya majlis sambutan negeri “Majlis Ramah Mesra Aidilfitri” akan diadakan untuk kira-kira 1,000 tetamu jemputan pada 7 Mei ini di SICC.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata majlis itu hanya atas jemputan dan antara yang dijemput ialah pemimpin pembangkang.
“Begitu juga, Istana Negeri tidak akan mengadakan rumah terbuka tetapi hanya majlis resepsi 100 tetamu jemputan atau lebih,” katanya pada majlis berbuka puasa Hala Tuju Sabah MajuJaya (SMJ) di kediaman rasminya, Seri Gaya di sini hari ini.
Hajiji berkata adalah menggembirakan apabila diperhatikan bahawa kes COVID-19 baharu setiap hari berada dalam trend menurun. Belau turut berharap semoga wabak itu akan hilang sepenuhnya.
Ketua Menteri merakamkan penghargaan kepada sekretariat Hala Tuju SMJ di bawah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai untuk memastikan pelan tindakan pembangunan Kerajaan Negeri GRS-BN berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata Hala Tuju SMJ 1.0 telah mendapat sambutan daripada beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.