KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersedia diambil tindakan oleh BN Sabah berikutan keputusannya yang tidak menyokong pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam percubaan menggulingkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Shahelmy menjelaskan tujuannya tidak hadir dalam sidang media Bung Moktar, semalam yang mengumumkan menarik sokongan dan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Hajiji, semalam.
“Saya tidak hadir (semalam) sebab saya tidak menyokong tindakan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan rakan-rakan. Saya berpendapat bahawa ini bukan masa sesuai untuk kita menukar kerajaan

“Prestasi kerajaan BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah satu prestasi yang baik dalam dua tahun kebelakangan ini dan terbukti dua tahun berturut-turut…
“Kerajaan negeri mempunyai peningkatan pendapatan daripada bawah RM5 bilion sehingga RM6.6 billion pada tahun lepas,” katanya.
Mengulas lanjut, berikutan kejayaan itu, kerajaan negeri berjaya menarik pelabur dengan jumlah pelaburan melebihi RM33 bilion.
“Kenapa kita hendak melakukan pertukaran kerajaan tanpa sebab yang konkrit sehingga mengakibatkan satu persepsi bahawa politik di Sabah tidak stabil.
“Ini akan menghindarkan pelabur dan mengurangkan keyakinan pelabur untuk datang melabur ke negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program SMART Jawab SPM 2022 bertempat di Dewan SM Maktab Sabah, di sini, hari ini.
Dalan pada itu, Shahelmy turut berkata beliau juga hasrat rakyat Sabah yang tidak mengingkan sebarang perubahan dalam kerajaan.
“Saya sudah buat siasatan, rakyat juga tidak inginkan perubahan kerajaan sekarang kini bukan masa untuk berpolitik. Sekarang masa untuk bekerja, memajukan ekonomi dan negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau ketika ditanya pemberita berhubung tindakan yang bakal dikenakan parti terhadapnya, Shahelmy yang juga merupakan Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan kesediaannya.





