Tindakan Bung Bersama WARISAN Tidak Mengugat Kedudukan Hajiji Sebagai Ketua Menteri

Tindakan Bung Bersama WARISAN Tidak Mengugat Kedudukan Hajiji Sebagai Ketua Menteri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – EMPAT (4) presiden parti dalam pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan bahawa tindakan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, dalam menarik sokongon terhadap Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah tidak memberikan apa-apa kesan.

Mereka ialah Presiden PBS Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata pengumuman Bung malam Jumaat semalam membuktikan wujudnya gerakan awal yang telah dibuat bersama Parti Warisan Sabah untuk menggugat ketidakstabilan politik di negeri ini.

Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J Ongkili; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia…

“Tindakan ini adalah susulan daripada kegagalan perancangan awal mereka pada 5 Januari lalu (Khamis)…

“Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut tidak memberikan kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji kerana keabsahan Ketua Menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.

“Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” katanya.

Pada masa yang sama, mereka mengesahkan bahawa kesemua ADUN GRS berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

“GRS merupakan sebuah parti politik dengan jumlah ADUN paling banyak dalam DUN Sabah. GRS juga menghargai sokongan majoriti ADUN-ADUN lain terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri termasuk daripada sokongan kolektif ADUN Pakatan Harapan (PH), ADUN Barisan Nasional (BN), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN Dilantik.

“Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya adalah tindakan yang mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak,” tegasnya.