Tiga Rumah Musnah 95 Peratus Dalam Kebakaran Di Menggatal, Dua Cedera

Tiga Rumah Musnah 95 Peratus Dalam Kebakaran Di Menggatal, Dua Cedera

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tebobon, Menggatal awal pagi tadi, menyebabkan dua mangsa cedera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi dan tiba di lokasi pada 5.59 pagi, kira-kira 15 kilometer dari balai.

Seramai 20 anggota dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan tiga rumah dan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos dengan sumber air dari jentera serta pili bomba berhampiran. Dua rumah berhampiran berjaya diselamatkan daripada turut terbakar.

Seorang lelaki berusia 60 tahun melecur di tangan, kaki dan belakang badan, manakala seorang wanita berusia 48 tahun cedera ringan akibat melecur. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada 6.41 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 8.30 pagi selepas kawasan disahkan selamat.