TINGKATKAN ASET UNTUK PASTIKAN KESELAMATAN PADA TAHAP TERTINGGI – KM HAJIJI

TINGKATKAN ASET UNTUK PASTIKAN KESELAMATAN PADA TAHAP TERTINGGI – KM HAJIJI

0
SHARE
Menteri Kanan Pertahanan Dato Seri Hishamuddin Hussein bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam Taklimat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di Bilik Mesyuarat, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi pada hari ini (Khamis)...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dinaiktaraf untuk memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.

Antara lain, Ketua Menteri juga mahu supaya lebih banyak pos keselamatan sempadan akan dibina, terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai menjangkakan perpindahan Jakarta ke Kalimantan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,” kata Hajiji semasa taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera untuk Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kem Lok Kawi di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Seri Ikmal Hisham; Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Datuk Hj Mohd Halim bin Khalid dan pegawai kanan Angkatan Tentera dan Kerajaan Negeri.