Tipu Maklumat Mysejahtera Akan Dikenakan Denda, Penjara

Tipu Maklumat Mysejahtera Akan Dikenakan Denda, Penjara

0
SHARE

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mana-mana  pengembara yang didapati membuat pengisytiharan palsu di dalam aplikasi MySejahtera akan dikenakan tindakan penjara dan denda.

Ujarnya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengembara memberikan maklumat palsu ketika mengisi maklumat di aplikasi tersebut.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]…

“Sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta 342, sama ada didenda atau dipenjara atau kedua-duanya.” katanya pada sidang akhbar di Parlimen semalam.