
KOTA KINABALU, SABAH – Lima buah rumah di Kampung Kopungit, Jalan Maktab Sabah sini terbakar pagi tadi.
Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan pada jam 8.05.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berjaya mengawal api tetapi operasi pemadaman masih dijalankan. – Foto Ihsan Bomba… Kira-kira 35 anggota pasukan Bomba dengan bantuan daripada BBP Penampang dan Lintas berada di lokasi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, api telah berjaya dikawal tetapi operasi pemadaman masih dijalankan.
“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata sumber itu.