Lelaki 27 Tahun Lemas Ketika Cuba Selamatkan Enjin Bot Jatuh Ke Laut

Lelaki 27 Tahun Lemas Ketika Cuba Selamatkan Enjin Bot Jatuh Ke Laut

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Seorang lelaki 27 tahun lemas ketika cuba menyelamatkan enjin bot yang terjatuh ke laut sewaktu hendak pulang ke rumah dari memancing di muara Sungai Benoni, Kimanis, sini pada petang Sabtu lalu.

Dua lagi rakan umur sebaya mangsa bertindak untuk mendayung ke darat bagi mencari isyarat telefon. Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba Kimanis pada jam 3.29 petang.

Ketua Balai, PPB Johainin Ruslan berkata sekumpulan lima anggota dan pegawai bomba melaksanakan pencarian atas air selama lebih sejam selepas tiba ke lokasi pada jam 3.31.

“Tanpa tanda kelihatan mangsa, komander operasi menangguhkan pencarian pada sekitar jam 7.45 malam kerana keadaan semakin gelap serta air laut bergelora,” katanya.

Operasi yang sepatutnya disambungkan pada keesokan hari dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dibatalkan.

“Balai Bomba papar pada jam 6.20 pagi melaporkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam…

“Pasukan petugas pada hari itu terus hadiri lokasi,” kata Johainin.

Setelah proses pengecaman oleh keluarga, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.