SAMBUTAN SETAHUN SMJ PADA 28 HINGGA 31 MAC INI

SAMBUTAN SETAHUN SMJ PADA 28 HINGGA 31 MAC INI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) akan diadakan pada 28 hingga 31 Mac bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Sabah International Convention Centre (SICC), dekat sini.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Dijangka lebih 1,000 pengunjung akan hadir semasa Sambutan Setahun SMJ dengan pelbagai pengisian menarik seperti Showcase Sabah Maju Jaya dan Career GIG-SMJ.

Showcase SMJ yang melibatkan 28 pempamer akan dibuka kepada orang awam bermula 28 hingga 30 Mac, manakala Career GIG-SMJ akan diadakan pada 29 Mac yang menawarkan 2,500 peluang pekerjaan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri tempatan.

Selain itu, turut diadakan upacara Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara kerajaan negeri dengan beberapa pihak berkepentingan, Eksekutif Forum (Sabah Maju Jaya-SOGDC), SMJ Evo Nite, Ekadasa Sabah Maju Jaya 2022, dan Majlis Epilog Ekadasa SMJ yang akan menutup tirai sambutan Setahun Hala Tuju SMJ.