KIMANIS, SABAH – LIMA (5) buah kedai bangunan kedai lama yang berada di pekan daerah ini musnah akibat tiupan angin kencang subuh tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, bangunan kedai anggaran keluasan 100’x60′ kaki telah roboh kira-kira 6.50 pagi tadi.
Ketua Operasi, PBK II Anwar bin Bahrin berkata pasukan telah membuat pembersihan dan menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.
VIDEO yang tular sejak pagi tadi yang menunjukkan keadaan bangunan kedai lama di Pekan Kimanis roboh dilanda tiupan angin kencang awal pagi tadi…
“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.33 pagi,” katanya.