PAPAR, SABAH – Sebuah rumah di Kampung Lakut sini musnah dalam api awal pagi tadi sewaktu hujan lebat melanda Pantai Barat Sabah.
Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata panggilan kecemasan kes diterima pada pukul 5.21 pagi.
Menurut Ketua Operasi, PBK II Dahlan bin Jainuddin, rumah jenis separuh kekal berukuran 40’x60’ kaki itu telah terbakar 100 peratus.
“Turut terbakar 4 buah kereta telah terbakar 100 peratus…
“Pasukan dengan kekuatan 10 orang anggota bertindak memadam kebakaran menggunakan satu (1) aliran 300’ kaki dua (2) pancutan dan sumber air didapati daripada tangki jentera,” katanya.
Tambah Dahlan, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 6.06 serta tamat sepenuhnya pada jam 8.03 pagi.