KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan membuat lawatan kerja ke kilang Linaco Group di Shah Alam, Selangor kelmarin (Rabu).
Beliau diiringi Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Tetap kementerian Datuk Dr. Mariana Tinggal.