Demi Membolehkan Diri Solat Di Masjid, Warga Emas Berusia 101 Tahun Setuju...

Demi Membolehkan Diri Solat Di Masjid, Warga Emas Berusia 101 Tahun Setuju Terima Suntikan Vaksin

0
SHARE

KUALA NERUS, TERENGGANU – Penerangan jelas tentang kelebihan menerima suntikan vaksin COVID-19 oleh seorang cucu akhirnya berjaya memujuk seorang warga emas bersetuju untuk divaksinasi.

Selain daripada faham sepenuhnya akan kelebihan suntikan vaksin COVID-19, Che Ismail Tahir yang berusia 101 tahun bersetuju untuk menerima vaksin itu demi membolehkannya dirinya menunaikan ibadah di masjid.

Dia menerima suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam (Rabu).

Cucunya, Mohd Jailani Harun, 52, yang dipetik Sinar Harian berkata, sebelum ini datuknya pernah memberitahu belum bersedia mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Saya telah mendaftarkan namanya bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama namun waktu itu dia belum bersedia lagi (vaksinasi)…

“Mujurlah selepas dipujuk dan diberi penerangan dia akhirnya yakin mengenai kelebihan dan kepentingan vaksin malah tidak takut untuk menerima suntikan,” katanya.

Menurut Mohd Jailani, datuknya teruja mendapatkan suntikan vaksin selepas diberitahu boleh mendapatkannya secara ‘walk in’ di PPV UniSZA.

Tambahnya lagi, datuknya itu lebih bersemangat untuk mendapatkan suntikan vaksin selepas memahami warga emas seperti dirinya lebih berisiko terhadap jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Pengarah PPV Intergrasi UniSZA, Prof Dr Nik Arif Nik Mohamed berkata, program pemberian vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus Gong Badak dibuka untuk penduduk Kuala Nerus termasuk individu beusia 18 tahun ke atas.