JOHOR BAHRU – Mejar Jeneral Tuanku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadap Ebit Lew sambil memuji misi kemanusiaan yang dilakukan oleh beliau.
Dalam entri terbaru di media sosial rasmi Facebook milik Tuanku Ismail berkata; “saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.”

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.”
“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.”
“Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah.”
Dalam pada itu, Ebit dalam satu kenyataan melalui laman sosial Facebook miliknya pula berkata beliau terharu dan sebak kerana dapat berjumpa Tuanku Mahkota Johor Tunku Ismail
Ebit berkata; “Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tunku dalam Kembara Johor.
“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan…
“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.”
“Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.”