
TAWAU, SABAH – Sebuah rumah dua tingkat di Tanjung Batu Laut Otentik, sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 5.50 petang semalam.
Pihak bomba menganggarkan struktur jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 60 kaki berkenaan telah tebakar 100 peratus.
Seramai 25 pegawai dan anggota Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Tawau dikerah ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan 300 kaki dua aliran tiga pancutan.
“Sumber air diperoleh dari pili bomba masjid terdekat dengan jarak lebih kurang 1,200 kaki.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Katanya, operasi terkawal pada 6.37 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 8.11 petang.