Toh Puan Norlidah Terima Kunjungan Pengerusi NBUC

Toh Puan Norlidah Terima Kunjungan Pengerusi NBUC

0
SHARE

KOTA KINABALU : Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pemerintah, Kolej Universiti North Borneo (NBUC), Professor Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Menurutnya, tujuan kunjungan adalah bagi memaklumkan perkembangan dan pembangunan semasa akademik NBUC selain bagi mendapatkan sokongan untuk memiliki tanah bagi membina kampus setelah dinaik taraf kepada universiti penuh kelak.

Mohaizi turut memaklumkan buat masa ini, NBUC menawarkan 10 program dan dijangka akan meningkat kepada 50 program termasuk program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang boleh disesuaikan dengan industri di Sabah terutama di bidang minyak dan gas.

Untuk rekod, Toh Puan Norlidah R.M Jasni telah dilantik sebagai Canselor NBUC pada Oktober 2016. — *JABATAN PENERANGAN SABAH*