TPM II Tiba di Tawau

TPM II Tiba di Tawau

0
SHARE
Fadillah
Fadillah bersalaman dengan Joseph (dua dari kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Tawau ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TAWAU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 11.56 pagi.

Ditemani isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir dengan menaiki pesawat khas, Fadillah disambut oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang dan Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin.

Beliau dijangka menghadiri Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau, malam ini dan Majlis Flag Off Kembara Kenali Borneo di 0.0KM Point Tawau, esok. — JABATAN PENERANGAN SABAH