
TAWAU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tiba di Lapangan Terbang Tawau jam 12.26 tengah hari tadi.
Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta rombongan menaiki pesawat khas disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muaram.
Tun Juhar turut dijadualkan menyambut serta mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan yang berkenan menjelajah Lebuhraya Pan Borneo dalam Program Kembara Kenali Borneo mulai hari ini hingga 13 September depan. — JABATAN PENERANGAN SABAH