KUALA LUMPUR – Agensi 33.3 telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah emas di dalam dua kategori di edisi keempat belas acara tahunan Anugerah Agensi Terbaik yang lebih dikenali sebagai Anugerah Markies baru-baru ini.
Dua kategori yang dimenangi terbabit adalah
Bahagian Penggunaan Strategi Paling Berkesan (Kategori Acara) dan Bahagian Penggunaan Strategi Paling Berkesan (Kategori Pengalaman).
Penganugerahan itu adalah hasil daripada pelaksanaan bertaraf dunia pertunjukan dron oleh agensi tersebut untuk jenama barang kemas mewah Cartier pada Disember tahun lepas.
Ditubuhkan pada 2019 oleh pengasas bersama, Edwin Raj, Lau Hoe Yin (aka Blink) dan Zulamran Hilmi berbekalkan misi untuk melangkaui batasan komunikasi dan membangunkan bentuk penceritaan yang menggabungkan teknologi dengan imaginasi manusia untuk menghasilkan produk kreatif berimpak tinggi.
Agensi terbabit amat dikenali di dalam industri kreatif Asia kerana penglibatan mereka dalam penghasilan video muzik yang canggih serta berkualiti tinggi.
Di antara artis Malaysia yang sering mendapatkan khidmat 33.3 adalah dua artis urban tanahair bertaraf global seperti penyanyi pop R&B, Yuna dan Presiden Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow.






