CHINA – Inilah Transformer yang dibina di taman tema ‘East Valley of Science and Fantasy’ di Guiyang, wilayah Guizhou, China, setinggi 53 meter dengan kos 100 juta yuan (RM63.9 juta).
Memetik kenyataan Harian Metro, taman tema seluas 1.3 kilometer persegi dengan fasa pertamanya digelar ‘Pangkalan Makhluk Asing’, dijangka dibuka Disember ini. Ia dibina dengan kos 10 bilion yuan oleh unit animasi Times Media Corp’s yang disenaraikan di bursa saham Shenzhen.
Selain replika watak Transformer, taman tema itu juga menyediakan ‘roller coaster’ virtual, 13 dewan pameran UFO dan replika pesawat, termasuk kapal angkasa.
Setiap replika Transformer itu dibina dengan 750 tan keluli, seberat dua kali ganda pesawat Boeing 747.
Peminat permainan video boleh menyertai peperangan dengan naga, terbang ke angkasa atau tinggal bersama makhluk asing.