Trend Peningkatan Kes COVID-19 Di Sabah Bermula Lagi

Trend Peningkatan Kes COVID-19 Di Sabah Bermula Lagi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend peningkatan kes COVID-19 di Sabah bermula lagi dengan catatan 15 kes lebih daripada jumlah kelmarin membawah kepada jumlah keseluruhan 322 KES.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah-daerah dalam kumpulan “Empat Serangkai” kembali mengungguli senarai daerah kes tertinggi.

“Tuaran mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes…

“Sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan 6 daripadanya merekodkan sifar (0) kes,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.

Beliau berkata, dua daerah mencatatkan peningkatan jumlah kes yang agak tinggi iaitu Tuaran dengan +21 kes dan Ranau sebanyak +14 kes.

Manakala dua daerah yang mencatatkan penurunan agak besar adalah Penampang dengan -17 kes dan Papar sebanyak -15.

Satu kluster baharu di Bakut, Tuaran diistiharkan hari ini yang melibatkan sebuah institusi pendidikan (institut perguruan).

“Kes indeks ialah seorang pelajar wanita yang didapati positif. Saringan kesihatan dikalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti…

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,” jelasnya.

Katanya seramai 312 pesakit atau hampir 97 peratus (97%) pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Dua pesakit masing-masing berada dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala empat (4) pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Tuaran – 55 (34)
Kota Kinabalu – 53 (47)
Ranau – 34 (20)
Kota Belud – 25 (17)
Keningau – 23 (16)
Beaufort – 21 (17)
Penampang – 20 (37)
Putatan – 15 (11)
Papar – 11 (26)
Sandakan – 11 (6)
Kota Marudu – 11 (11)
Tenom – 8 (12)
Kuala Penyu – 7 (11)
Sipitang – 6 (4)
Kudat – 6 (6)
Pitas – 5 (10)
Tambunan – 3 (4)
Tawau – 3 (4)
Beluran – 2 ( 3)
Lahad Datu – 2 (4)
Semporna – 1 (0)
Telupid – 0 (3)
Kinabatangan – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (4)
Kalabakan – 0 (0)