TUN DR AHMAD SARJI ABDUL HAMID BEKAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA MENINGGAL DUNIA

TUN DR AHMAD SARJI ABDUL HAMID BEKAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita dukacita ini turut disahkan sendiri oleh keluarga Tun Ahmad.

“Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Ayahanda kami Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.40pagi , 28 Ogos bersamaan 19 Muharram 1443…

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak,” kata ahli keluarga Allahyarham.

Tun Ahmad Sarji dilahirkan pada 16 September 1938 merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara pada tahun 1990 sehingga tahun 1996.