
KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Kemajuan Persekutuan (FELDA) yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada Selasa.
Selain memperkenalkan diri sebagai Pengerusi FELDA yang baharu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menerangkan kepada Tun Juhar perkembangan mengenai beberapa perkara yang berlaku terutamanya FELDA Sahabat, Lahad Datu seperti isu geran ladang peneroka dan pertikaian tanah.
Pelantikan Ahmad Shabery yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkuatkuasa pada 1 Julai lalu menggantikan Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan pada 30 Jun lepas.
Turut hadir, Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar dan Timbalan Pengarah Besar (Operasi), Izham Mustaffa. — JABATAN PENERANGAN SABAHÂ





