
SANDAKAN, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni tiba di Sandakan pada jam 10.40 pagi Rabu.
Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah dijadualkan menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-kanak dan Anak Yatim bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di salah sebuah hotel terkemuka mulai jam dua petang ini.
Ketibaan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah di Lapangan Terbang Sandakan disambut oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan serta isteri, Datin Linda Ewit, ADUN Sungai Manila, Datuk Mokhran Ingkat, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Henry Idol dan Pengerusi Puspanita Daerah Sandakan, Phillis Tamin.
Esok, Toh Puan Norlidah bersama Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Dr Huang Shifang dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Sumber Nur Jauhar di Sekolah Kebangsaan Sipinong. — JABATAN PENERANGAN SABAH





