BELANDA – Polis Belanda menahan sekurang-kurangnya 184 ORANG pada petang Isnin selepas Perintah Berkurung (Lockdown) yang mana bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Namun, perlaksanaan Perintah Berkurung di negara itu mewujudkan tunjuk perasaan ganas yang terburuk pernah melanda Belanda dalam tempoh 40 tahun.
Selepas tiga malam berturut-turut sejak perlaksaan Perintah Berkurung itu, rusuhan ganas atas sekatan yang dikenakan menyebabkan pihak berkuasa (Polis Belanda) bertempur dengan perusuh di beberapa kota hingga larut malam yang mana ada di antara mereka (perusuh) yang membakar, melemparkan batu dan memecah masuk kedai.
Ini menyebabkan pihak Polis telah meningkatkan anggota mereka untuk mencegah sebarang aktiviti ganas pada malam yang akan mendatang.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 pegawai polis telah cedera dalam pertempuran terbaru, yang menyebabkan jalan kemusnahan di bandar-bandar termasuk ibu kota, Amsterdam, Rotterdam dan The Hague.
“Kami pernah meleraikan pergolakan atau rusuhan di masa lalu, tetapi jarang terjadi selama ini bagi beberapa malam ini di seluruh negara,” kata jurucakap Polis Nasional Suzanne van de Graaf pada hari Selasa.
Pada Selasa baru-baru ini, sekumpulan pemuda yang ramai berkumpul di Amsterdam dan Hilversum yang mana kemudiannya berpecah untuk melanggar peraturan sosial dan vandalisme dengan membuat rusuhan ganas.
Memetik laporan Vaessen daripada Al Jazeera, perusuh yang terlibat itu kebanyakannya adalah golongan pemuda yang tidak berpuas hati yang mana sebahagiannya didorong oleh “pemikir konspirasi” yang dikaitkan dengan gerakan QAnon.
“Ini adalah kemarahan yang tidak pernah dilihat Belanda selama bertahun-tahun,” kata Vaessen.
“[Dan] Perpaduan ini juga telah diprovokasi oleh sebahagian ahli-ahli politik yang meminta orang-orang untuk menolak perintah berkurung (lockdown) ini.”
Ketua Polis Nasional Willem Woelders dalam satu kenyataan hari ini turut berkata, perkara ini sangat berbeza dengan Isnin sebelum ini, ketika rusuhan menggegarkan kota-kota di seluruh negara dan hanya lebih dari 184 orang telah ditangkap kerana membakar kenderaan, melempar batu dan memecah masuk kedai.
“Ini benar-benar gambaran yang berbeza dengan kemarin,” kata Woelders kepada televisyen awam Belanda.
“Kita harus tetap waspada,” kata Woelders lagi.
Woelders turut memaklumkan bahawa lebih dari 470 ORANG telah ditangkap dalam tiga hari rusuhan ganas dilakukan, dengan polis rusuhan mengerahkan meriam air dan beberapa pegawai polis dengan menunggang kuda bagi memulihkan ketenteraman di beberapa tempat di sekitar bandar utama Belanda.
Terdahulu, rusuhan ganas yang dimulai dengan pembakaran Pusat Pengujian COVID-19 di sebuah perkampungan nelayan pada malam Sabtu, adalah yang paling buruk melanda Belanda dalam beberapa tahun ini.
Keganasan sejak Perintah Berkurung ini telah melemahkan polis di mana mereka terpaksa menghadapi setiap malam dengan perusuh yang melemparkan polis dengan batu, bunga api dan koktel Molotov selain daripada perusuh yang memecah masuk kedai di sekurang-kurangnya dua bandar, Rotterdam dan Den Bosch.

Sementara itu, Menteri Kehakiman Ferd Grapperhaus mengatakan pada awal hari Selasa bahawa perusuh yang ditangkap akan segera dihadapkan ke mahkamah dan akan menghadapi kemungkinan hukuman penjara jika disabit kesalahan.
“Mereka tidak akan lolos,” katanya kepada wartawan di Den Haag.
Datuk Bandar Rotterdam Ahmed Aboutaleb turut menyiarkan mesej video di Twitter miliknya dengan bertanya kepada perusuh: “Adakah senang bangun dengan beg yang penuh dengan barang-barang curian di sebelah anda?”

Dia juga meminta ibu bapa para perusuh muda, bertanya: “Adakah kamu merindui anakmu semalam? Adakah kamu bertanya pada diri sendiri di mana dia?”
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dalam satu hantaran di Twitter milinya berkata; “Keganasan jenayah ini mesti dihentikan.”
“Rusuhan tidak ada kaitan dengan memp rotes atau memperjuangkan kebebasan,” tambahnya lagi.

“Kita mesti memenangi pertempuran melawan virus bersama-sama, kerana itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan kebebasan kita.”