Sabah Rekod 303 KES, Tiada Kematian Dan Kluster Baharu Direkodkan – JKNS

Sabah Rekod 303 KES, Tiada Kematian Dan Kluster Baharu Direkodkan – JKNS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan jumlah kes positif baharu COVID-19 kelmarin, 26 Jan (Selasa) adalah sebanyak 303 KES, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,442 kes.

Tiada kes kematian direkodkan kelmarin (Selasa) dan juga TIADA kluster baharu dilaporkan.

Menurut laporan JKNS, seramai 403 pesakit COVID-19 telah discaj atau sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,209 orang.

Sejumlah 2,697 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 815 orang di hospital, 1,880 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara.

Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 92 orang dan 25 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kuala Penyu bertukar warna daripada zon KUNING ke zon JINGGA.

Daripada 303 KES positif COVID-19 yang dicatatkan kelmarin, sebanyak 209 KES (68.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 54 KES (17.8%), saringan kluster sedia ada 16 KES (5.3%), saringan PERKESO lima (5) KES (1.7%) dan 19 KES (6.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Setakat ini, jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,112 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,592 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara pula kekal 1,100 unit.

Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,804 unit dengan peratus penggunaan katil terkini adalah 39.64%.