KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri (Dr) Musa Aman, dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, pada Khamis.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag turut menghadiri majlis tersebut, bersama-sama menyantuni pegawai dan anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena bulan Ramadan.
Program majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas, diikuti majlis berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak, dan solat Tarawih secara berjemaah.
Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; serta Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris.






