TYT Santuni Warga Polis Kontinjen Sabah

TYT Santuni Warga Polis Kontinjen Sabah

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tengah) memotong kek sebagai tanda simbolik majlis dirasmikan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyantuni warga Polis Kontinjen Sabah dalam majlis iftar di Dewan Ibu Pejabat polis Daerah Kota Kinabalu.

Dalam majlis itu, Tun Juhar yang ditemani isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan isteri, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais dan isteri, Datin Siti Balqis Abdullah menyampaikan sumbangan kepada 21 orang anak yatim, 12 balu serta sembilan asnaf mualaf dalam kalangan warga Sang Saka Biru.

Usai berbuka puasa, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah turut menunaikan solat fardhu Mahgrib dan Isyak berjemaah diikuti solat terawih. — JABATAN PENERANGAN SABAH