KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda dilaporkan sah keluar daripada Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Parti Warisan Sabah.
Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Masidi Manjun mengesahkan perkara ini selepas dihubungi oleh wartawan.
Wetrom sebelum ini dilihat telah menaiki pentas semasa program Parti Warisan (WARISAN) bersama pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu di Matunggong, Kudat pagi semalam.
VIDEO ucapan Wetrom dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong pagi Sabtu (15 Okt)…
Terdahulu, Ketua Penyelaras Pasukan Khas KDM Warisan DUN Matunggong, Jominit Kobuhi mendakwa Wetrom mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong pada pagi Sabtu.