UMNO Sabah Akan Cari Jalan Bantu Rakan Parti Di PRN Melaka

UMNO Sabah Akan Cari Jalan Bantu Rakan Parti Di PRN Melaka

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – UMNO Sabah akan mencari jalan yang sesuai untuk membantu rakan separti semasa berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Haji Yakub Khan berkata meskipun akur dengan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghadkan aktiviti berkempen UMNO Sabah akan tetap mencari akal.

Ini kerna beliau terhutang budi dengan UMNO negeri tersebut yang membantu kempen beliau sendiri sehingga menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri N.16 Karambunai.

“Sebagai tanggungjawab bersama parti, sudah tentu hubungan yang ada itu iaitu untuk bekerjasama, berganding bahu dan saling mbantu membantu antara parti…

“Secara peribadi, Melaka terlalu dekat di hati, kerana semasa PRN Sabah yang lepas, Melaka yang membantu saya di N.16 Karambunai.

“Orang cakap saya terhutang budi dan oleh itu saya akan membalas sebanyak yang boleh insya-Allah,” katanya kepada wartawan di SMK Tebobon hari ini.

Menurut Yakub, UMNO Sabah masih dalam merancang jumlah ahli untuk membantu di Melaka, serta tempoh yang mereka akan berada di situ.