TAWAU, SABAH – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Norsiah Patah membuat kunjungan hormat kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Arnold Joibi di Bangunan MPT, kelmarin.
Dalam kunjungan itu, Norsiah menyampaikan penghargaan kepada MPT atas kerja sama terhadap LPKP Sabah Cawangan Tawau dalam melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan selain memaklumkan status pemegang lesen pengangkutan di Tawau yang berdaftar dengan LPKP Sabah.
Turut dibincangkan adalah penyediaan depo bagi kenderaan barangan di daerah Tawau.
Hadir sama dalam kunjungan Setiausaha Perbandaran MPT, Mohd Soffian Mohd Said; Penolong Pengarah Kanan Polisi LPKP Sabah, RM Abdu Luqman RM Mohamed; Penasihat Undang-Undang LPKP Sabah, Dorine Patrick; Ketua Unit Komunikasi Korporat LPKP Sabah, Marklin Brunei serta Ketua Cawangan LPKP Sabah Cawangan Tawau, Mohamad Arif Sakka.





