KOTA KINABALU, SABAH – Mutakhir ini pembangkang dilihat semakin hilang arah apabila berterusan memfitnah kepimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah.
Menurut sumber, ‘Unit Fitnah’ telah ditubuhkan oleh pembangkang untuk menabur fitnah melalui platform media sosial terutamanya Facebook dan aplikasi WhatsApp bagi tujuan melaga-lagakan kepimpinan dan penyokong GRS di Sabah.

Tindakan terdesak ini dikatakan terpaksa dilakukan selepas kerajaan GRS telah bertindak dengan cemerlang membangunkan semula ekonomi negeri Sabah walaupun baru setahun diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Sabah.
Buktinya, dalam tempoh hanya setahun pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji, negeri Sabah telah menerima pelaburan asing baru bernilai RM 2.3 billion daripada syarikat Korea Selatan, SK Nexilis, yang terlibat dalam pengilangan kerajang tembaga bagi menghasilkan bateri kereta.

Ini tidak termasuk pelaburan berbillion ringgit membangunkan Lok Kawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.


Baru-baru ini, antara kumpulan syarikat hartanah terbesar dari Taiwan, Sinyi Group turut menyatakan hasrat untuk melangsungkan pembinaan hotel mewah bernilai lebih RM 1 bilion di Pulau Mengalum.

Budaya kerja oleh Hajiji dengan menerapkan budaya kurang bercakap dan fokus kepada bekerja untuk rakyat jelas semakin membuahkan hasil.
Pendekatan melayan sama rata kesemua parti-parti di dalam GRS yang dipraktikkan oleh Hajiji turut dilihat sebagai ‘ramuan ampuh’ yang menyebabkan pembangkang semakin hilang arah dan terpaksa menggunakan pendekatan fitnah bagi meruntuhkan kerajaan GRS di Sabah.
Dalam pada itu, menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), tindakan memfitnah Datuk Seri Hajiji termasuk Datuk Seri Bung Moktar dilakukan selepas pembangkang kehabisan modal politik.

“Bukan sahaja kedua tokoh ini menjadi mangsa fitnah, dalam masa yang sama Tan Sri Musa Aman turut jadi mangsa fitnah jijik oleh pembangkang…

“Agenda melaga-lagakan Parti BERSATU dengan UMNO termasuk juga PBS jelas adalah satu tindakan jijik oleh pembangkang…

“Pihak SKMM dan Polis sepatutnya menangkap penyebar fitnah dan membawa mereka ke muka pengadilan…
“Fitnah yang dilakukan ini secara jelas telah melanggar undang-undang negara dan tidak boleh dibiarkan , justeru pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas agar penyebar fitnah dapat dihukum sekaligus mampu membendung fitnah yang semakin menjadi-jadi oleh pihak pembangkang,” ujar BEBAS lagi.





